fb fb fb fb fb

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam parit, sepasang kekasih ditahan

JOHOR BAHRU, 13 Disember- Sepasang kekasih ditahan polis di Kampung Melayu Pandan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi baru lahir di dalam sebuah parit.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 28 tahun, bekerja sebagai operator kilang dipercayai ibu bapa kepada bayi perempuan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir menerusi kenyataan berkata, polis menerima maklumat daripada seorang wanita tempatan berusia 33 tahun kira-kira 11.50 pagi kelmarin.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat.

Polis merampas sehelai baju dan kain sarung mempunyai kesan tompokan disyaki darah serta beberapa jenis pil untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek direman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama empat hari bermula semalam hingga Khamis ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman video penemuan mayat bayi dalam parit berdurasi 38 saat itu tular di media sosial.


(Video penemuan mayat bayi itu tular di platform media sosial)

 

Media Baharu