fb fb fb fb fb

MAVCOM lulus 291 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina

SEPANG, 6 Januari- Sebanyak 291 penerbangan tambahan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penerbangan tersebut ditawarkan bermula 18 Januari hingga 31 Januari ini, meliputi semua destinasi di seluruh negara.

Penerbangan membabitkan ke semua syarikat penerbangan di negara ini antaranya Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.

"Ini merupakan salah satu pendekatan yang berkesan untuk menangani masalah kenaikan tambang tiket kapal terbang semasa musim perayaan yang telah pun menjadi satu isu sejak sekian lama.

"Dan di peringkat pengangkutan kita mengharapkan bahawa usaha ini akan dapat berterusan, supaya ia dapat merendahkan sedikit kos penerbangan untuk rakyat Malaysia kembali ke kampung halaman mereka," katanya.

(Anthony Loke)

Beliau bercakap dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Destinasi Baharu Batik Air ke Tokyo, Sapporo dan Osaka serta Pelancaran Penerbangan Tambahan ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.

Inisiatif itu bertujuan membantu rakyat khususnya penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung untuk pulang pada semua musim perayaan.

Media Baharu