fb fb fb fb fb

Jenayah di Pulau Pinang turun

GEORGE TOWN, 6 Disember- Jenayah indeks Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 43.4% dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,120 direkodkan pada 2022, berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejayaan itu hasil daripada perancangan yang dilakukan pihaknya dengan menjalankan pelbagai pendekatan bagi memastikan janayah dapat dikekang.

Bagi tahun lalu sebanyak 8,641 kertas siasatan dibuka.

Daripada jumlah itu, 49.65% atau 4,290 kertas siasatan telah dituduh.

"Kejayaan-kejayaan yang kita kecapi pada tahun 2022 hasil daripada perancangan akhir tahun 2021. Jadi kita ingin melihat bahawa di Pulau Pinang ada pengurangan jenayah dalam konteks nilai ambang dan juga daripada konteks jenayah indeks itu sendiri," katanya selepas perhimpunan bulanan Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban.

Beliau turut memaklumkan sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,546 kes dicatatkan dengan jumlah kerugian lebih RM122 juta berbanding 2021 dengan jumlah kerugian lebih RM538 juta.

Sementara itu, perancangan menyeluruh sudah dibuat bagi memastikan pihaknya dapat meneruskan trend penurunan jenayah indeks sepanjang tahun ini.

Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada semua lapiran masyarakat.

(Mohd Shuhaily Mohd Zain)

Media Baharu