KUALA LUMPUR, 30 April- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaksanakan rangka kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QoS) bagi mengukur prestasi lapangan terbang dan syarikat penerbangan di negara ini.
Antara metrik prestasi diukur menerusi rangka kerja tersebut termasuk ketetapan masa, pembatalan penerbangan, dan kualiti perkhidmatan lapangan terbang.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim rangka kerja tersebut turut berperanan menggalakkan budaya akauntabiliti dan perkhidmatan cemerlang berterusan demi kepuasan pengguna.
Rangka kerja QoS telah dilaksanakan di Terminal 1 dan 2, KLIA sejak September 2018.
Mavcom akan melaksanakan Rangka Kerja QoS Lapangan Terbang di semua lapangan terbang antarabangsa dan domestik di Malaysia secara berperingkat sehingga 2027.