fb fb fb fb fb

MATA sokong peraturan baharu MOTAC demi keselamatan bas pelancongan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong penuh peraturan baharu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkaitan pengendalian bas pelancongan.

Ia susulan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan pelancongan komersial di negara ini.

Peraturan baharu berkuat kuasa mulai 1 Ogos itu melibatkan syarat penyelenggaraan lebih kerap, had waktu bekerja pemandu, pemasangan sistem GPS dan pemeriksaan keselamatan setiap enam bulan.

Dalam satu kenyataan, Presiden MATA, Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun menyifatkan inisiatif itu sebagai tepat pada masanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Inisiatif itu diyakini dapat meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan pengangkutan pelancongan dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih 2,300 kes kemalangan membabitkan bas pelancongan direkodkan dari 2020 hingga 2024. Pada 2023, terdapat 27 kematian dan lebih 230 kecederaan direkodkan.

Antara punca utama dikenal pasti termasuk kegagalan mekanikal, keletihan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan tidak mencukupi.

ROSLINA BINTI DIN