fb fb fb fb fb

Masyarakat perlu berhati-hati, jangan mudah tertipu dengan taktik penjenayah

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Pelaburan hanya boleh dibuat kepada syarikat yang tersenarai dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dikawal selia Bank Negara.

Setiausaha Agung Malaysia International Humanitarian Organisation, Datuk Hishamuddin Hashim berkata masyarakat perlu lebih berhati-hati agar tidak tertipu kerana penjenayah menggunakan pelbagai taktik licik untuk menjerat dan memperdaya mangsa.

"Penjenayah hari ini lebih kreatif, mereka telah memahami kaedah undang-undang. Hari ini transaksi tidak dapat dibuktikan kerana mereka membayar menggunakan Krypto, menggunakan aplikasi USDT yang menyukarkan pihak berkuasa menjejaki transaksi pembayaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.


(Foto Hiasan
)

Tambah Hishamuddin, penting untuk menyemak kesahihan syarikat dan tidak hanya berpandukan maklumat di media sosial dan laman sesawang sindiket penipuan pelaburan sahaja.

Media Baharu