fb fb fb fb fb

KPT mohon peruntukan khas R&D

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memohon peruntukan khas bagi bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Jelas menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, peruntukan yang diterima sebelum ini tidak memadai dan perlu ditingkatkan.

"Saya akan berusaha memohon peruntukan dan memastikan kerajaan menyedari betapa pentingnya kajian dan ia merupakan asas bagi menjadikan negara mampu bersaing."

"Jadi soal meningkatkan peruntukan kerajaan pelaburan ini sekurang-kurangnya mesti melebihi 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)." Mohamed Khaled berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Penyelidikan Universiti Malaya (UMRC) di ibu negara.

Tambah beliau, tanpa penggandaan dan peningkatan peruntukan bagi penyelidikan, kebolehsaingan negara akan terjejas dan boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Selain itu, KPT akan berusaha meningkat dan mengukuhkan penyelidikan dan inovasi dalami semua sektor pendidikan tinggi termasuk awam dan swasta.

Datuk Seri Mohamed Khaled berkata KPT mohon peruntukan khas R&D)

Media Baharu