fb fb fb fb fb

Operasi SAR warga emas hilang ditamatkan, tiada petunjuk baharu

MIRI, 9 Januari- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Kampung Ulu Apong, Suai, Niah ditamatkan selepas tidak menunjukkan sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu memaklumkan usaha pencarian yang memasuki hari ketujuh semalam dilakukan secara bersepadu.

"Operasi SAR dilakukan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Batu Niah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Miri serta penglibatan penduduk setempat yang bersama-sama mencari mangsa yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lepas, " katanya menerusi kenyataan.

Pihaknya telah mempertingkatkan operasi tersebut di kampung itu dengan radius pencarian diperluaskan sekitar 15 kilometer semalam dengan menumpukan kawasan kebun sawit, jalan danau kawasan paya dan sepanjang tebing sungai.

Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Adna Sulong, 61 tahun masih gagal ditemukan dan tiada sebarang petunjuk atau jejak dikesan.


(Operasi akan disambung semula sekiranya mendapat
sebarang penunjuk baru)

Operasi akan disambung semula sekiranya mendapat sebarang penunjuk baru.

Media Baharu