fb fb fb fb fb

Monumen Bendera Gergasi mercu tanda baharu Melaka

(FOTO FB SulaimanBinMdAliOfficial)

BUKIT BERUANG, 9 Januari-Melaka bakal mempunyai mercu tanda baharu apabila pembinaan Monumen Bendera Gergasi Negeri Melaka di Hutan Simpan Bukit Beruang dibuka kepada
orang ramai pada tahun 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pembinaan produk pelancongan baharu dengan ketinggian 166 meter dari aras laut itu mengambil masa dua tahun dan dijangka siap hujung tahun 2024.

Selain itu beliau berkata, kawasan sekitarnya juga akan dinaiktaraf melalui pembinaan komponen-komponen lain yang boleh menarik pelancong termasuk penambahan ‘zipline’ dan sebagainya.

"Sepertimana motto kerajaan Melaka negeri pelancongan Melakaku maju jaya, kita menggagarkan sasarkan 10 peratus kehadiran pelancong setiap tahun dan ianya bukan hanya pada kehadiran pelancong semata-mata dan kita juga akan turun 10 peratus pada setiap tahun untuk meningkatkan lagi jumlah tempat-tempatatau produk pelancongan negeri Melaka" ujarnya etika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di Bukit Beruang.

Katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong dan bersama mengerakkan Dasar pelancongan Negara 2020-2030 penambahan produk pelancongan baharu
dalam usaha mempelbagaikan tarikan pelancong ke negeri itu.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika berucapa pada majlis Pecah
Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di Bukit Beruang
/FOTO FB SulaimanBinMdAliOfficial)

Media Baharu