fb fb fb fb fb

Masuk Malaysia secara haram, JIM tahan pegawai dan enam warga India

(Foto Jabatan Imigresen Malaysia)

SEPANG, 2 November- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket membawa masuk warga asing secara tidak sah melalui KLIA.

Ia hasil operasi dilaksana jabatan itu malam tadi. Enam lelaki warga India dan seorang pegawai JIM, ditahan.

Kenyataan JIM memaklumkan, kesemua warga asing itu cuba masuk ke negara ini untuk bekerja tanpa pas yang sah serta mengelakkan bayaran levi.

Modus operandi sindiket, menawarkan e-visa palsu kepada warga asing berkenaan untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong.

Sindiket akan menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah mereka adalah pelancong tulen.

Pegawai Imigresen yang bersubahat pula akan menurunkan cap ke atas passport tanpa merekodkan perjalanan warga asing tersebut ke dalam sistem MyImms.

Berdasarkan maklumat risikan, sindiket ini dipercayai mengenakan bayaran antara RM,5000 hingga RM6,000 kepada setiap pelawat.

Sindiket, disyaki telah beroperasi sejak pembukaan sempadan pada 1 April lalu.

JIM akan terus meningkatkan usaha-usaha perisikan dan operasi bagi membenteras aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia termasuk kes membabitkan pegawainya sendiri.


(Foto Jabatan Imigresen Malaysia)

Media Baharu