fb fb fb fb fb

Masuk 19 muzium percuma 18 Mei

Semua 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia dibuka secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei./Foto Bernama

PUTRAJAYA, 14 Mei- Semua 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia dibuka secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei ini.

Ia termasuk Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional di Sepang, Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah dan Muzium Seni Bina Malaysia di Melaka.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengajak orang ramai untuk memanfaatkan peluang itu bagi menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti Malaysia.

"Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan, menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah.

"Ayuh lawati muzium-muzium Jabatan Muzium Malaysia di seluruh negara dan raikan warisan kita bersama-sama," katanya.

MOHAN CHINNASAMY