fb fb fb fb fb

Masjid Tuanku Mizan anjur Khatan perdana

PUTRAJAYA, 19 Disember- Seramai 100 orang kanak-kanak dikhatankan sempena program Khatan Perdana anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya.

Menurut Imam Besar MTMZA, Ustaz Nor Azamir Alias, program ini merupakan acara tahunan yang diadakan pihak masjid sebagai salah satu usaha pengimarahan masjid sebagai pusat sehenti bagi umat Islam.

"Seramai 100 peserta yang akan mengikuti program ini antara usia lapan ke 12 tahun. Kita harapkan program ini akan merancakkan lagi program pengimarahan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Selain itu, dengan penglibatan masyarakat pasti akan dapat memberikan kemakmuran dan mengimarahkan masjid kita ini," katanya kepada pemberita di sini.

Peserta yang menyertai program ini segak berbaju melayu dan diarak mengelilingi masjid.

Bagi meredakan ketakutan, mereka dimandikan dengan pancutan air dari jentera bomba sebagai simbolik sebelum bermulanya Program Khatan Perdana tersebut.

Prosedur berkhatan itu dikendalikan oleh pakar perubatan dari Hospital Pakar Al-Islam.

(Ustaz Nor Azamir Alias)

 

Media Baharu