fb fb fb fb fb

Masjid Kampung Laut bantu ekonomi Kelantan

(FOTO BERNAMA)

TUMPAT, 10 September - Langkah mewartakan Masjid Kampung Laut sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara serta Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) mendapat sokongan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang signifikan.

Beliau berkata kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk projek pembangunan semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) semasa meninjau mimbar Masjid
Kampung Laut sempena perasmian Laman Warisan Kampung Laut / FOTO BERNAMA)

"Saya amat gembira kerana setelah lebih 50 tahun, hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut ini menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’," katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Datuk Seri Ismail, projek pembinaan Jambatan Palekbang yang menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat bermula akhir tahun ini juga mampu menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik serta menjadi pemangkin utama kepada negeri Kelantan sebagai destinasi pelaburan, pelancongan serta mampu menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan.

Katanya, ianya merupakan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Media Baharu