fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.2 magnitud melanda wilayah Indonesia pagi tadi

PETALING JAYA, 10 September- Gempa bumi sederhana 6.2 magnitud melanda wilayah Papua di Indonesia pagi ini dan diikuti dengan susulan gempa 5.8 magnitud beberapa minit kemudian pada 8.05 pagi tadi.


(Foto MetMalaysia)

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi gempa berpusat di 2.4 darjah Selatan dan 138.2 darjah Timur dengan kedalaman 26 kilometer.

Kedudukannya 279 kilometer Barat dari Jayapura, Indonesia

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Media Baharu