fb fb fb fb fb

Masjid disaran wujudkan Tabung Kasih Rahmah bantu ahli kariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

AYER KEROH, 4 November -Masjid di seluruh negara dicadang mewujudkan Tabung Kasih Rahmah bagi membantu ahli kariah yang ditimpa musibah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha berkenaan dapat memperluaskan lagi fungsi masjid selain dilihat sebagai tempat beribadah semata-mata.

"Mungkin tabung berkenaan dikawal selia oleh Pengerusi Masjid.

"Banyak kes ahli kariah yang kekurangan wang tunai kecemasan sebagai contoh kemalangan atau kebakaran. Jadi, pihak masjid boleh membantu dengan mengeluarkan sejumlah wang minimum RM200 sebagai bantuan kecemasan", kata Na'im kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Rahmah Tahun 2023 (ZIKIR 23) Peringkat Zon Selatan di sini.

Dalam pada itu, Na'im turut menasihatkan orang ramai agar menyumbang kepada tabung yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan berkaitan isu Palestin.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD