fb fb fb fb fb

Kaji semula cadangan wujudkan Ketua Peneroka FELDA- Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Surat hak milik tanah kepada 152 peneroka di Jengka/FOTO RTM

MARAN, 4 November -Kerajaan Pahang meminta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengkaji semula cadangan bagi mewujudkan Ketua Peneroka di kesemua 115 tanah rancangan FELDA di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, isu berkenaan kini dalam penelitian Pengerusi Felda setelah mendapat bantahan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang.

“Kerajaan negeri tiada halangan asalkan memberi kebaikan kepada peneroka.

"Disebabkan itu, kita minta Pengerusi Felda mengkaji semula perkara berkenaan (mewujudkan Ketua Peneroka). Sekiranya perkara tersebut bermasalah, kita tidak akan teruskan. Sekiranya baik, kita akan pertimbangkan kelak", katanya selepas Majlis Penyampaian Surat hak milik tanah kepada 152 Peneroka Felda Jengka 25 di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, seramai 40,861 daripada 43,126 peneroka FELDA di Pahang sudah menerima surat hak milik tanah masing-masing.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD