KULAI, 14 Mac-Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan sebanyak RM15.4 juta untuk masjid dan surau kepada 784 buah masjid kariah di negeri itu.
Daripada jumlah itu, RM1.568 juta bagi pengurusan masjid dan surau dengan sumbangan, RM2,000 setiap masjid.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peruntukan berjumlah RM10.34 juta bagi kenaikan elaun pegawai masjid dan surau melibatkan 5,260 penerima elaun negeri.
Bantuan sebanyak RM500 secara sekali bayar turut diberikan kepada 6,970 penerima terdiri daripada bilal, noja dan imam berjumlah RM3.5 juta
Ia sebagai menghargai tugas para pegawai masjid dan surau kariah seluruh Johor, apabila ianya dapat diadakan buat kali keduanya tahun ini.
Bantuan berkenaan turut diperluaskan kepada penggerak masjid dan surau bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Masjid dan surau Johor terima bantuan RM15.4 juta daripada MAINJ
