fb fb fb fb fb

Masih ramai pesara polis tidak mendaftar sebagai ahli PBPM

GEORGE TOWN, 15 Mac - Pesara polis yang berkhidmat ketika zaman darurat pada tahun 1948 hingga 1960, diminta untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Ini bagi membolehkan mereka menerima bantuan RM500 secara 'one-off'.

Presiden Persatuan PBPM Mokhtar Omar berkata, bagi pesara yang sudah meninggal dunia, balu mereka boleh berbuat demikian.

Menurut Mokhtar ketika ini jumlah pesara yang sudah menerima bantuan tersebut terlalu sedikit.

Justeru pihaknya menggesa mereka yang berkenaan untuk segera mendaftar di cawangan daerah masing-masing bagi memudah dan mempercepatkan proses pemberian bantuan tersebut.


(Mokhtar bercakap kepada media ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan ahli dan jawatankuasa PBPM)

"Setakat ini jumlah yang sepatutnya menerima bantuan adalah 80,000 ribu orang. Tetapi yang dah terima adalah lebih kurang 28,000 dalam kalangan pesara. Selain daripada itu termasuk waris atau balu, yang belum terima bantuan itu, jadi disarankan pada mereka ini segeralah untuk buat pendaftaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Pejabat Persatuan Polis Malaysia di daerah masing-masing," kata Mokhtar.

Tambahnya, selain imbuhan kewangan, mereka juga layak mendapat bantuan alat kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak hingga ke peringkat universiti menerusi kemudahan talian e-pesara yang disediakan.

Media Baharu