fb fb fb fb fb

Dewan Rakyat: MAFI laksana langkah tangani kesan aktiviti import pertanian

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Konflik antara Rusia dan Ukraine turut memberi kesan langsung terutamanya kepada aktiviti import pertanian, yang melibatkan keperluan input pertanian seperti baja dan bahan makanan.

Bagi menangani konflik serta memastikan sumber bahan mentah input pertanian mencukupi, Menteri Pertanian dan Industri Makanana (MAFI ) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu beberapa langkah turut dilaksanakan.

Ini termasuk meningkatkan pengeluaran tanaman melalui kaedah penanaman secara moden atau Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) serta menggalakkan penggunaan bahan ternakan tempatan.

"Mengenal pasti beberapa negara sumber pilihan yang baharu bagi menampung kekurang bekalan import bahan makanan , bahan mentah dan input pertanian dan menyediakan akses fasiliti pembiayan mencukupi kepada pengusaha yang terjejas akibat kos pengeluaran yang meningkat melalui Agrobank,"

Beliau turut menyatakan MAFI telah berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengoptimumkan platform starategi sedia serta menangani isu kenaikan harga.

Ronald menjawab pertanyaan wakil Kemaman Che Alias Hamid dalam waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Sementara itu dalam sesi sama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kertas Putih Kementerian Kesihatan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada November depan.

Penyediaan Kertas Putih Kesihatan akan mengambil kira hasil serta syor pelbagai kajian sistem kesihatan yang telah dilaksanakan sebelum ini serta pandangan pihak berkepentingan termasuk rakyat melalui sesi libat urus.

(Khairy menjawab pertanyaan tambahan wakil Tebrau Steven Choong Shiau Yoon)

Kertas Putih Kesihatan juga merupakan dokumen rasmi kerajaan yang akan menggariskan status semasa, jurang dan kekangan yang dihadapi.

Dokumen itu akan mengemukakan cadangan penyelesaian secara berfasa dari segi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan, tadbir urus serta organisasi merangkumi tempoh 15 tahun.

"Sebab itu saya telah putuskan proses ini mesti dibawa ke Dewan Rakyat agar mendapat keputusannya. Hanya dengan persetujuan partisanmaka ini akan jadi satu dokumen yang dikongsi bersama tidak kira kerajaan mana, siapa menterinya yang duduk di kerusi ini. Tetapi ia akan menjadi satu ikhtiar bersama dan saya cadangkan dilaporkan bukan hanya kepada jemaah menteri tetapi juga jawatan kuasa pilihan khas agar sasaran dicapai mengikut perancangan dalam permuafakatan semasa perancangan kertas putih ini disediakan, katanya di sini.

Tambah Khairy, Usaha pengukuhan sistem kesihatan negara ini adalah penting bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat, selari dengan status Malaysia kini sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan untuk kepentingan masa hadapan.

Media Baharu