fb fb fb fb fb

Bekas ADUN Rembia meninggal dunia awal pagi tadi

ALOR GAJAH, 15 Mac- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya, awal pagi tadi.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun selepas menghidap barah dan turut disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan di institut berkenaan.

Berita itu dikongsikan ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan melalui laman Facebooknya.

Jenazah Datuk Norpipah dijangka dibawa pulang ke Melaka pada pukul 11.30 pagi ini untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.


(Status dimuat naik ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan menerusi Facebooknya/FBADUN)

Allahyarhamah meninggalkan suami serta dua orang anak.

Datuk Norpipah merupakan ADUN Rembia selama tiga penggal bermula 2004 hingga 2018.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Biro Penerangan Wanita UMNO dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka.

Media Baharu