fb fb fb fb fb

Masih ada memandu bawah pengaruh alkohol

ALOR SETAR, 9 September- Memandu dalam pengaruh alkohol.

Itu antara kesalahan yang dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar, dalam Ops Mabuk di sekitar bandaraya Alor Setar, Kedah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata dalam operasi selama 8 jam bermula 8 malam itu, seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana memandu dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki terbabit didapati berada bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan setelah ujian pengesanan alkohol dilakukan.

Dia ditahan di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

(ACP Ahmad Shukri Mat Akhir)

Dalam pada itu, ACP Ahmad Shukri menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak mengambil jalan mudah dengan memandu bawah pengaruh alkohol, kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Polis akan mempergiat operasi serta mengambil tindakan tegas bagi mengesan pemandu-pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan seumpama itu di kawasan-kawasan yang dikenalpasti.

Media Baharu