fb fb fb fb fb

Kompleks Ternakan Ayam Bersepadu jamin bekalan makanan negara

(Datuk Seri Mahdzir Khalid berada di projek Kompleks Ternakan Ayam Bersepadu)

KUALA NERANG, 9 September- Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya FELCRA Berhad melaksanakan projek kedua Kompleks Ternakan Ayam Bersepadu bernilai RM20 juta bagi jaminan keselamatan bekalan makanan negara.

Projek itu dijangka mampu mengeluarkan 1.5 juta ekor ayam setahun atau 250,000 ekor ayam sepusingan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek ternakan ayam sistem tertutup di Kampung Kubang Palas itu dijadual akan mula beroperasi pada Oktober 2023.

Jelas beliau, "apabila siap projek ternakan ayam, ia akan membuka ruang kepada anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan."

Selain itu, projek tersebut juga memberi ruang kepada usahawan bimbingan FELCRA untuk terlibat secara aktif di dalam rangkaian pengeluaran dan pembekalan ayam.

Sebelum ini, FELCRA turut melaksanakan projek Kompleks Ternakan Ayam Bersepadu yang pertama di Kampung Tanjung Seratus, Rompin, Pahang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan tapak dan taklimat Projek Ternakan Ayam di Padang Terap, Kedah.

(Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ditemui pemberita)

Media Baharu