fb fb fb fb fb

Dua maut, seorang parah kereta terbabas ke dalam longkang

(Lokasi kemalangan di Jalan Pondok Labu, Kulim)

KULIM, 9 September- Dua remaja maut sementara seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki tiga mangsa itu terbabas ke dalam longkang di Jalan Pondok Labu, Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata dalam kejadian pukul 3.51 pagi itu, pemandu serta penumpang hadapan berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, rakan mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami cedera parah.

Berdasarkan siasatan, kereta mangsa dari arah pekan Kulim menghala ke Taman Selasih dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh di hadapan sebuah kedai makan.

Pegawai perubatan mengesahkan dua daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala, seorang lagi mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah di muka dan kepala dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan)

Media Baharu