fb fb fb fb fb

Masalah kesihatan mental? Hubungi talian 1-5555

FOTO HIASAN

BAYAN LEPAS, 10 Oktober - Orang awam disaran menghubungi talian 1-5555 milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan khidmat nasihat sekiranya berdepan masalah kesihatan mental.

Walaupun masyarakat umum lebih mengenali nombor kecemasan seperti 991, 994 dan 999, masih ramai yang belum menyedari kewujudan talian 1-5555 yang disediakan khusus untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan, keresahan serta gangguan emosi dan psikologi.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata, talian berkenaan diwujudkan bagi memberi sokongan kepada individu yang memerlukan bantuan profesional berkaitan kesihatan mental.

“Talian ini disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu mereka yang mempunyai isu berkait rapat dengan kesihatan mental. Orang awam boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada RTM selepas majlis penutupan The World Mental Health Seminar anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Pulau Pinang.

Beliau turut menggalakkan golongan yang mengalami tekanan hidup, masalah di tempat kerja atau perubahan emosi ketara agar memanfaatkan talian 1-5555 serta aplikasi MyMinda melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan sokongan psikologi dan khidmat nasihat yang sewajarnya.

1010 PP KESIHATAN MENTALEXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE