KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Sebanyak 38 buah sekolah baharu akan dibina di seluruh negara bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan menampung pertambahan jumlah pelajar, selaras dengan komitmen kerajaan memperkukuh sistem pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan sekolah baharu ini meliputi pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah, menengah, kompleks sekolah serta institusi pendidikan khas. 38 buah sekolah baharu meliputi:
• SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor
• SK Bukit Siput, Segamat, Johor
• SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor
• SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan
• SK Desa Damai Bentong, Pahang
• SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah
• SK Sabandar, Tuaran, Sabah
• SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah
• SK Sri Sadong, Serian, Sarawak
• SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor
• SK Puchong Permai, Puchong, Selangor
• SK Taman Desa (3), Rawang, Selangor
• SMK Taman Aspira, Johor Bahru, Johor
• SMK Laman Estuari, Johor Bahru, Johor
• SMK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor
• SMK Bandar Putra 3, Kulai, Johor
• SMK Cahaya Masai, Johor Bahru, Johor
• SMK Taman Cendana, Johor Bahru, Johor
• Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa, Johor Bahru, Johor
• SMK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah
• Kompleks Sekolah Batu Berendam, Melaka
• SMK Rumbia, Melaka
• Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin, Melaka
• Kompleks Sekolah Desa Casuarina, Negeri Sembilan
• SMK Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
• SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak
• SMK Eco Grandeur, Kuala Selangor, Selangor
• SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor
• SMK Cyberjaya (2), Sepang, Selangor
• SMK Bukit Puchong, Sepang, Selangor
• SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
• SMK Setia Alam (2), Shah Alam, Selangor
• Kompleks Sekolah Bukit Jalil, Kuala Lumpur
• SMK Intan Baiduri, Kuala Lumpur
• SMK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
• Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 6(1), Putrajaya
• SK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor
• SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan
Selain itu, kerajaan juga akan membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram di Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua di Perak bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran dalam persekitaran lebih kondusif.
Beliau berkata, bagi mempercepat pelaksanaan projek pendidikan, kerajaan akan menggunakan bangunan sedia ada sebagai inisiatif interim bagi kelangsungan murid, termasuk pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).
“Sebanyak RM100 juta disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi, manakala 350 kelas prasekolah baharu turut dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan melebihi RM100 juta bagi mengatasi kekurangan kemudahan prasekolah,” katanya.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.