KUALA KURAU, 29 Mei- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Perak merampas 50 unit bubu naga di kedudukan 5.9 batu nautika barat daya Kuala Gula Perak pada sekitar pukul 3.40 petang kelmarin.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukan bot peronda MARITIM telah mengesan pelampung berwarna putih yang disyaki penanda kepada bubu naga.
Pemeriksaan lanjut ke atas pelampung itu menemukan sebanyak 50 unit bubu naga.
Kesemua bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon MARITIM Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Nilai anggaran rampasan berjumlah RM3,500 dan kes disiasat dibawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
Dalam kenyataan beliau, sejak bulan Mei sehingga kini, sebanyak 132 unit bubu naga dirampas Zon MARITIM Kuala Kurau dengan anggatan keseluruhan rampasan lebih RM9,000.
(Foto Hiasan)