(Mangsa renjatan elektrik di Kampung Coldstream, Perak)
BIDOR, 29 Mei- Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama yang tidak beroperasi di Kampung Coldstream di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai cuba untuk memotong tembaga yang berada di dalam bilik kuasa berkenaan sebelum terkena renjatan elektrik.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejuk mengejut (SDR).
Semakan rekod mendapati mangsa mempunyai lapan rekod kesalahan jenayah termasuk jenayah narkotik.
(Mohd Yusri Hassan Basri)