fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia tahan bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran

Bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis

KUALA PERLIS, 9 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran pada kedudukan 5.4 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, Perlis petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain dalam kenyataanya berkata, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis telah menghampiri bot berkenaan setelah mendapati bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
 
"Hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpengkalan di Thailand sedang melakukan aktiviti menangkap udang lipan menggunakan bubu yang dikemudikan tekong dan awak-awak warga Thailand masing-masing berusia 28 dan 30 tahun.
 
"Bot dan hasil laut dianggarkan bernilai 20 ribu ringgit bersama-sama dua Orang Yang DiSyaki (OYDS) dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Perlis untuk tindakan lanjut,' kata kenyataan itu.
 
Kes akan disiasat bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1) (a) tertakluk kepada subseksyen (2) iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan dan Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) iaitu  tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di negara ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI