fb fb fb fb fb

MARDI lancar lima produk inovasi baharu pacu kemajuan industri agromakanan

(Datuk Seri Ahmad melancarkan lima produk inovasi
terbaharu MARDI bersempena Hari Inovasi MARDI 2022)

SERDANG, 18 Oktober- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan lima produk inovasi terbaharu yang sedia dikomersialkan dalam usaha memajukan industri agromakanan negara.

Produk berkenaan ialah kit diagnostik penyakit padi FlocTest, formulasi nano-bakterisida XanthoZIDE, Bar Enduran Pembebasan Tenaga Berkala, Kandi Tenaga dan Teknologi Minuman Pemulihan Sukan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata inovasi melalui pendekatan moden dan pertanian pintar itu merupakan pengubah keadaan utama dalam mentransformasikan sektor agromakanan negara.

"MARDI banyak membuat inovasi penemuan yang telah dihasilkan dan seterusnya teknologi yang dibuat ni diberikan pemindahan kepada usahawan tani kita. Banyak yang daripada kita telah berjaya bukan sahaja daripada bidang permakanan ubat-ubatan, makanan sihat dan juga daripada apa itu untuk penyakit-penyakit pokok penyakit tanaman racun-racun," kata Ahmad Hamzah selepas pelancaran lima produk inovasi terbaharu MARDI bersempena Hari Inovasi MARDI 2022 di Serdang.

(Datuk Seri Ahmad ditemui selepas pelancaran lima produk inovasi terbaharu MARDI
bersempena Hari Inovasi MARDI 2022)

Media Baharu