fb fb fb fb fb

Keperluan gabung dengan parti lain, BN akan tentukan selepas keputusan PRU15

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama ahli-ahli ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Bumiputera 2.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PKMM/BERNAMA)

Sebarang kerjasama dengan parti di luar Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan, hanya akan diputuskan selepas keputusan Pilihan raya Umum ke-15.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata ketika ini, tumpuan UMNO dan parti komponen adalah memastikan kemenangan BN ke arah mewujudkan kerajaan yang stabil pada masa akan datang.

"Kita tunggu dulu keputusan, selepas itu, kita akan buat keputusan. Jadi kita 'cross the bridge' dahulu. Kita buat andaian terlalu pun awal juga susah juga. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam pilihan raya nanti.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob/BERNAMA)

"Selepas pilihan raya nanti, keputusan akan dibuat, kita akan buatlah apa-apa sahaja keputusan demi kepentingan negara. Yang pentingnya kita hendak sebuah kerjaan yang stabil, selepas itu kita buat keputusan", katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM di ibu negara.

BN menyasarkan 121 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Sementara itu, BN akan memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen dalam masa terdekat.

Pertimbangan akan mengambil kira pelbagai aspek dan akan diputuskan secara musyawarah.

"Kita akan pertimbangkan semua sekali dan keputusan akan dibuat secara musyawarah, seperti biasa sebelum pilihan raya. Dahulu lagi susah, komponen BN ada banyak, sekarang komponen BN hanya ada empat iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS daripada Sabah. Jadi empat sahaja, lebih mudah untuk kita bincang.

"Insya-Allah dalam waktu terdekat pasti kita akan putuskan, sebab bila kita setuju pembahagian kerusi, kita akan menilai dari segi calon pula", katanya.

Media Baharu