fb fb fb fb fb

Sokongan sebagai calon PM selari mesyuarat MKT UMNO, bukan tekanan mana-mana pihak

(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) ketika sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Kontraktor
Bumiputera 2.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia/BERNAMA) 

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Sokongan 151 Bahagian UMNO kepada Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri adalah selari dengan keputusan Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, tohmahan kononnya Bahagian UMNO mendapat tekanan daripada kepimpinan parti adalah tidak benar sama sekali.

"Ini adalah keputusan Bahagian setiap kali usul, Mesyuarat Bahagian itu adalah keputusan, bahawa Bahagian bebas untuk membuat usul dan saya berterima kasihpada Bahagian-bahagian.

"Saya difahamkan 152 Bahagian membuat usul menyokong saya sebagai calon PM selepas PRU ke-15, ini pun berdasarkan kepada keputusan MT. MT pun membuat keputusan dalam mesyuarat MT untuk menamakan saya sebagai PM.

"Perkara yang sama juga diumumkan oleh YB Pesiden UMNO, sewaktu mesyuarat luar biasa telah pun diumumkan apa-apa yang dilakukan Bahagian adalah apa menurut Presiden ..apa yang diputuskan oleh MT" katanya.

(Sokongan sebagai calon PM selari mesyuarat MKT UMNO, bukan tekanan mana-mana
pihak)

 

Media Baharu