fb fb fb fb fb

Syarikat pemula industri STI disaran mendaftar MYStartup - MOSTI

KUANTAN, 18 Oktober- Pahang merekod jumlah syarikat pemula terendah yang mendaftar di dalam portal MYStartup berbanding negeri lain di Malaysia.

Syarikat pemula dalam industri sains, teknologi dan inovasi di Pahang disaran mendaftar MYStartup supaya dapat meneroka dan dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba, Pahang hanya merekodkan sebanyak 13 syarikat pemula yang berdaftar di portal MYStartup.

Menurut beliau, MOSTI telah mendapat maklum balas berkaitan cabaran yang dihadapi di Pahang menerusi ejen pelaksana, Cradle Fund Sdn. Bhd..

"Di Pahang, jumlah syarikat pemula yang berdaftar di portal MYStartup masih berada di tahap yang rendah dengan merekodkan hanya sejumlah 13 syarikat pemula daripada sektor seperti edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

Saya telah memperoleh maklum balas daripada syarikat Cradle Fund Sdn. Bhd. berhubung cabaran yang dihadapi oleh pemula ini di Pahang. Untuk makluman, daripada 16 intervensi yang dikenal pasti di bawah super, tiga intervensi dilihat bersesuaian untuk memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula di Pahang," kata Adham kepada RTM ketika Majlis Pelancaran MyStartup East Coast Region Roadshow Pahang di Pahang Technology Park Gambang, di sini, hari ini.


(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba merasmikan Majlis Pelancaran
MyStartup East Coast Region Roadshow Pahang di Pahang Technology Park Gambang)

Turut hadir pada majlis pelancaran siri ketujuh ini ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.

Katanya, bagi mengatasi masalah tersebut terdapat tiga intervensi daripada 16 intervensi dilihat sesuai untuk memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula di Pahang.

Antaranya 'Mystartup Bootcamp' bersama usahawan teknologi, klinik geran serta pembangunan kapasiti bersama komuniti pemula Pahang serta program pembangunan perniagaan seperti 'pitching clinic'.

MYStartup di Pahang turut mendapat kerjasama daripada komniti setempat antaranya Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan East Coast Region Development Council (ECERDC).

Sejak bermula tahun lalu sehingga kini sebanyak 3,567 syarikat pemula direkodkan mendaftar menerusi laman MYStartup.

Media Baharu