fb fb fb fb fb

PRU ke-15: MCMC pastikan liputan rangkaian baik

PUTRAJAYA, 18 Oktober- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan yang baik di seluruh negara untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata pihak suruhanjaya akan merujuk kepada pelan tindakannya daripada pilihan raya negeri sebelum ini di Johor, Melaka dan Sarawak dalam usaha menyediakan liputan yang baik.

Ujar beliau, semakan liputan akan dibuat sebaik sahaja mendapat butiran daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung lokasi pusat mengundi dan tempat pengiraan undi.

Sekiranya lemah, MCMC akan bekerjasama dengan industri untuk menambah baik liputan.

((Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus)

Media Baharu