
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memainkan peranan penting sebagai institusi utama dalam agenda pemerkasaan bumiputera menerusi pembangunan yang lebih adil, inklusif dan mampan.
- Memperkukuh akses pendidikan berkualiti, latihan TVET, kemahiran dan pembiayaan pendidikan.
- Pembangunan usahawan dan PKS bagi meningkatkan daya saing Bumiputera dalam ekonomi negara.
- Program transformasi dan penskalaan MARA memberi manfaat kepada jutaan pelajar dan usahawan, memperkukuh mobiliti sosial.
- Perjumpaan khas menegaskan perlunya tadbir urus baik, integriti dan keberkesanan dalam memacu agenda pemerkasaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha itu diperkukuh melalui akses pendidikan berkualiti, latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran, pembiayaan pendidikan serta pembangunan usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau turut memaklumkan dasar serta inisiatif MARA berjaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, profesional dan usahawan bumiputera yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.
Pelbagai program transformasi dan penskalaan usahawan yang dilaksanakan MARA turut memberi manfaat kepada jutaan pelajar dan usahawan bumiputera, sekali gus memperkukuh mobiliti sosial serta penguasaan ekonomi negara.
Perkara itu ditegaskan dalam perjumpaan khas Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi MARA hari ini bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus dipacu menerusi tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.