fb fb fb fb fb

Mansuh hutang PTPTN, belum ada rancangan namun ada alternatif lain - KPT

 (Mohamed Khaled Nordin/Twitter @KhaledNordin)

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Belum ada sebarang rancangan untuk memansuhkan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar kepada golongan miskin atau isi rumah B40.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan akan sentiasa prihatin dengan memberi perhatian dan kemudahan kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman.

“Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan itu, antaranya penangguhan bayaran balik jika menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan, kata Mohamed Khalid ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam sidang Parlimen pagi tadi.

Tambahnya, inisiatif lain turut ditawarkan melibatkan pemberian diskaun bayaran balik jika dilakukan bayaran secara sekali gus dengan penuh dan bayaran balik hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian.

Kemudahan itu bagi memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik.

Katanya lagi, cadangan pemansuhan hutang pinjaman kepada golongan tersebut akan membabitkan 1.84 juta peminjam, dengan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM42.34 bilion.

(Mohamed Khaled Nordin/Twitter @KhaledNordin)

Media Baharu