fb fb fb fb fb

Manifesto pilihan raya janji yang mengikat sesebuah parti politik

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - "Manifesto pilihan raya sebagai janji yang mengikat sesebuah parti politik", demikian padangan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr Azmi Hassan.

Manifesto untuk dilaksanakan sebaik sahaja sesebuah parti politik itu dapat menguasai serta membentuk kerajaan.

Katanya, manifesto dapat membantu pengundi membuat keputusan untuk memilih sesebuah parti politik dalam Pilihan Raya Umum.

"Sesetengah parti itu apabila dengar ungkapan manifesto, dia amat takut, sebab itu kalau kita lihat, setengah parti politik itu, tidak mengeluarkan manifesto tetapi mengeluarkan ungkapan-ungkapan yang berlainan.

(Azmi bercakap dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia)

"Bagi saya manifesto itu penting ataupun kempen janji politik itu ialah penting kerana daripada kempen itu, kita boleh lihat apakah strategik parti politik itu bila mereka tubuh kerajaan persekutuan dalam menangani isu masa hadapan, ekonomi, geopolitik. saya hendak tahu sebagai pengundi itu," kata Azmi di sini.

Azmi juga berkata mandat rakyat dalam pemilihan kerajaan yang efisien selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), amat penting bagi menangani cabaran ekonomi.

Ia susulan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada tahun depan.

"Ya...saya pasti termasuk juga saya sebagai pengundi akan memilih calon yang berwibawa. Calon boleh membuat kerja dan parti mana yang akan ada di belakang calon tersebut yang akan bentuk kerajaan persekutuan.

"Sebab saya mahu melihat kabinet-kabinet yang akan dibentuk kemudian dikatakan kabinet yang paling efisien. Bukan menteri-menteri dilantik kerana kuota parti, tapi dilantik kerana kebolehan mereka, kerana kepakaran mereka. Kalau cabaran dalam masa hadapan ini lebih mencabar, jadi kita memerlukan seseorang yang boleh buat kerja," katanya.

Media Baharu