KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Teknologi dron mampu membantu mengurangkan beban penyelamat ketika situasi bencana dan kecemasan seperti banjir.
Terbaharu, lebih 20 syarikat dan agensi dikenal pasti bagi membekalkan sumber peralatan termasuk 200 unit dron untuk dihantar ke lokasi hotspot banjir di seluruh Malaysia.
(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba berdasarkan pengalaman tahun lalu penggunaan teknologi dron taktikal, visual dari udara dapat diperoleh.
Ia sekaligus membantu agensi pengurusan banjir menilai keadaan semasa kawasan yang terjejas.
"Berdasarkan pengalaman yang ada sewaktu berlaku bencana tahun lalu, penggunaan dron ini membantu operasi pada hujung tahun lalu, MOSTI dan MERANTI terus berusaha mencari kaedah terbaik pengendalian drone ketika berlaku bencana khususnya banjir," katanya dalam Majlis Pengumuman Persediaan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2DRON) 2022 di MATRADE di sini.
Selain itu katanya, dron berteknologi tinggi juga mampu melakukan penghantaran bekalan asas, khususnya ubat-ubatan, makanan dan powerbank khususnya di kawasan yang sukar dicapai.