fb fb fb fb fb

JKNJ belum terima aduan telur rosak, tercemar virus dari Singapura

JOHOR BAHRU, 20 Oktober- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) belum menerima sebarang aduan mengenai telur rosak dan tercemar virus dari Singapura.

Bagaimanapun, JKNJ dengan kerjasama Jabatan Veterinar akan senitasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan di semua reban ayam serta tempat pengeluaran telur di Johor.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata, ia penting bagi memastikan pemiliknya mematuhi syarat keselamatan dan kesihatan makanan ditetapkan.

"Kami belum terima apa-apa laporan tetapi bagi Malaysia khususnya negeri Johor ini, jabatan kita telah mengambil langkah-langkah untuk lebih kerap lagi ambil sampel yang lebih banyak untuk buat pemeriksaan.

Ia bagi memastikan produk tersebut mematuhi syarat keselamatan makanan dalam Malaysia," katanya selepas merasmikan Koir Perpaduan di Auditorium Permata Sari, RTM Johor.

(Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Perpaduan)

Menurutnya, telur tercemar dari Singapura tidak akan dipulangkan kembali ke Malaysia untuk pasaran tempatan sebaliknya akan terus dimusnahkan jika didapati mengandungi virus.

Media Baharu