fb fb fb fb fb

MADA Perlis bimbing 681 usahawan dalam pelbagai bidang industri makanan

KANGAR, 20 Oktober- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1 Kangar sehingga kini berjaya melahirkan seramai 681 usahawan yang menghasilkan pelbagai produk industri makanan yang dipasarkan di dalam dan luar negara.

Usahawan ini bergiat aktif dalam memasarkan produk yang dihasilkan dengan keseluruhan nilai jualan tahunan mencecah lebih RM17 juta menerusi program Pembangunan Usahawan MADA.

Menurut Ketua Cawangan Pembangunan Peladang dan Usahawan MADA Wilayah 1 Kangar, Mohd Farhan Aziri Shamsuddin, MADA sentiasa memberi komitmen tinggi bagi membantu semua usahawan terlibat menerusi pelbagai geran termasuklah Geran Agropreneur Muda kepada usahawan di bawah 40 tahun dan Geran Pemadanan Change Upgrade Product bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran dan jualan.

Beliau ditemui media pada Karnival Jualan Usahawan Bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar.

Bagi usahawan bimbingan MADA, pelbagai bantuan serta khidmat nasihat dan latihan yang disediakan mampu mengembangkan perniagaan yang diusahakan selain membuka ruang pemasaran lebih meluas.

Karnival Jualan Usahawan Bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Perkarangan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar

Program Karnival Jualan Usahawan MADA Perlis berlangsung selama empat hari yang berakhir esok dengan mengetengahkan 15 usahawan pelbagai produk Industri Asas Tani, Asas Tani dan Pemasar.

Media Baharu