fb fb fb fb fb

Manfaat sepenuhnya teknologi AI untuk tingkat kualiti hidup

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 16 November- Teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan digunakan untuk tujuan keuntungan ekonomi semata-mata, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah, UTM yang diamanahkan oleh negara untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan AI, perlu memastikan teknologi itu digunakan dengan penuh bertanggungjawab dan beretika.

Selain, teknologi AI yang berkembang pesat, kelakuan manusia turut menyumbang kepada kemusnahan ekosistem dunia secara ketara dan membimbangkan. 

"Kita sebagai masyarakat yang terpelajar mesti memainkan peranan dalam menangani kerosakan alam semula jadi. Ianya bermula dengan perubahan sikap dan rasa tanggungjawab untuk memelihara dunia kita ini untuk generasi akan datang."

"Alhamdulillah, saya difahamkan bahawa UTM adalah antara institusi yang telah mula-mula mengusahakan elemen kesihatan dunia kita ini melalui Pelan Kelestarian UTM 2030 bagi menyahut cabaran tersebut. Tahniah saya ucapkan," titah baginda ketika merasmikan Majlis Konvokesyen UTM ke-68 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai

Raja Zarith Sofiah berharap, semua pihak dapat menjayakan Wawasan UTM 2030 menjadi program yang berjaya sekali gus meletakkan nama universiti berkenaan sebaris dengan universiti terkemuka dunia.

Turut berangkat ke Majlis Konvokesyen tersebut, Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor selaku Pro-Canselor UTM.

Trainee