fb fb fb fb fb

Malaysia, Vietnam rai 50 tahun hubungan diplomatik

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 1 April- Malaysia dan Vietnam yang meraikan 50 tahun hubungan diplomatik tahun ini akan meneruskan komitmen bagi memperkukuh hubungan dua hala dan serantau.

Menerusi kenyataan bersama, kedua-dua menteri luar berkata ke arah itu Malaysia dan Vietnam kekal komited untuk melaksanakan Pelan Tindakan 2021-2025 di bawah Perkongsian Strategik antara Malaysia dan Vietnam.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan rakan sejawatannya dari Vietnam, Bui Thanh Son berkata walaupun menghadapi cabaran selama bertahun-tahun Malaysia dan Vietnam akan meneruskan komitmen dalam membina hubungan yang baik.

Tumpuan untuk kepentingan bersama telah menyumbang kepada Komuniti ASEAN yang telah menjadi penggerak utama dalam rangka bina serantau yang lebih besar.

Kedua-dua pihak juga akan memperdalam kerjasama politik dan ekonomi.

Kedua-dua menteri luar juga akan berusaha untuk mempromosi dan menggerakkan penglibatan peringkat tinggi secara tetap dan mengukuhkan mekanisme kerjasama dua hala.

Selaras dengan komitmen ini, Malaysia dan Vietnam berharap untuk bertukar-tukar lawatan peringkat tinggi tahun ini, serta penganjuran Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknologi (JCM) dan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC).

Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 30 Mac 1973.


(Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu