BEIJING, 1 April- Malaysia meraih komitmen pelaburan berjumlah RM170 bilion, tertinggi dalam sejarah hasil pelaburan China.
Pulangan pelaburan itu diperoleh daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) melibatkan syarikat Malaysia dan China sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tembok besar itu.
“Kita telah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion dan saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberi kerjasama dan keyakinan kepada Malaysia.
Ini adalah untuk masa depan Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu dihadapan ribuan pelabur pada Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA)
Antara syarikat yang terlibat merangkumi sektor perumahan, pembinaan, pendidikan, teknologi, pertanian, dan tenaga.
Pemeteraian memorandum berkenaan disaksikan oleh Datuk Seri Anwar, yang juga Menteri Kewangan.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan, Antrabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Selain, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.