fb fb fb fb fb

Adun PH bakal sertai barisan Exco baharu Melaka

(FOTO FB abraufyusohofficial)

AYER KEROH, 1 April-Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan Exconya.

Menerusi hantaran Facebooknya, beliau berkata barisan exco itu akan bersifat lebih inklusif selain mencerminkan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Katanya, kerajaan negeri baharu itu juga merupakan hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.

Pelan 100 hari baharu akan turut dirangka bagi menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan buat negeri berkenaan.

Datuk Seri Ab Rauf, yang merupakan ADUN Tanjung Bidara, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 semalam menggantikan ADUN Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatannya.

Semalam, Ab Rauf memaklumkan barisan Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.


(Ketua Menteri Melaka baharu,Datuk Seri Ab Rauf dan TYT Melaka, Tun Seri Ali Rustam
/FOTO FB abraufyusohofficial)

Media Baharu