(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 1 April- Kementerian Kesihatan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu berkaitan 'doktor kontrak'.
Ia bagi meneliti penyelesaian terbaik terhadap permasalahan berkaitan dengan profesion pegawai perubatan itu.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menerusi kenyataan memaklumkan, jawatankuasa tersebut menggabungkan beberapa kementerian dan agensi serta Ketua Setiausaha Negara.
Tegasnya, penganjuran mogok bukan penyelesaian terhadap isu perjawatan itu.
Sebaliknya perlu ditangani dengan penglibatan bersama secara profesional.
Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan.
Antaranya dengan mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan.
(Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa)