GEORGETOWN, 1 April-Beberapa siri jelajah dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan (KPM), Lim Hui Ying berkata pendekatan itu bagi menyediakan platform kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan peluang disediakan kerajaan.
Katanya, selain taklimat di sekolah, promosi dan iklan bagi menggalakkan golongan itu sambung belajar akan terus dilakukan.
Pulau Pinang, menjadi negeri kedua selepas Selangor dalam penganjuran jelajaah berkenaan.
Sementara itu, Lim Hui Ying turut memaklumkan KKM akan mengadakan pengambilan guru baharu dalam masa terdekat.
Ini bagi menampung masalah kekurangan guru di seluruh negara, ketika ini.
Jelasnya, kekurangan guru itu melibatkan kira-kira 4.9 peratus atau 19,403 orang,berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, dan cuti belajar.
(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying/FOTO RTM)