(Fahmi Fadzil menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia sempena Sambutan Hari RTM ke-77)
KUALA LUMPUR, 1 April- Radio Televisyen Malaysia memainkan peranan penting sebagai platform seimbang kepada rakyat.
Ia bagi menjamin penyampaian proses demokrasi yang adil.
Khususnya dalam tempoh Pilihan Raya.
Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, RTM turut berfungsi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam proses demokrasi.
"Saya jangkakan PRN memang media rasmi seperti RTM memainkan peranan penting untuk memastikan rakyat terlibat dalam proses demokrasi.
"Bagi saya kita inginkan suasana sihat pertarungan demokrasi yang sihat tanpa elemen fitnah sebagainya untuk mengangkat hujah mereka biar rakyat memilih bagi tempoh lima tahun kedepan jadi saya percaya RTM akan mainkan peranan sangat penting,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia sempena Sambutan Hari RTM ke 77.
Turut dilancar, logo 77 dan Logo RTM Podcast.
(Fahmi Fadzil menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia
sempena Sambutan Hari RTM ke-77)