fb fb fb fb fb

Malaysia tidak akan berganjak pertahan hak rakyat Palestin – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Malaysia tidak akan berganjak daripada pendiriannya dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, meskipun berdepan risiko tindak balas ekonomi termasuk kemungkinan dikenakan tarif tambahan oleh Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kekal tegas dalam pendiriannya sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.

“Tarif yang bakal dikenakan itu lebih kepada soal ekonomi, khususnya membabitkan sektor elektrik dan elektronik (E&E). Namun, tidak dinafikan wujud persoalan sama ada pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza turut diambil kira.

“Apa pun kesan atau ugutan bantahan mereka terhadap pendirian kita dalam isu Palestin-Gaza atau hubungan kita dengan Iran, ia tidak akan mengubah pendirian kita yang tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN