fb fb fb fb fb

PM umum penghargaan buat rakyat Malaysia esok

Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia esok - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia esok.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pengumuman itu akan dibuat pada pukul 10.30 pagi.

“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025. Nantikan,” katanya.

2207 NSL PM UMUM PENGHARGAAN ESOK 1Hantaran PM di Facebook baru-baru ini

Semalam, ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Datuk Seri Anwar berkata, penghargaan luar biasa kepada rakyat itu, akan diumumkan hari ini atau Rabu.

Dalam hantaran di laman sosial Facebook sebelum ini, beliau memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK