fb fb fb fb fb

Malaysia terima manfaat kesan penurunan FDI global - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

BERLIN, 11 Mac- Malaysia bersaing dengan negara-negara ASEAN lain bagi mendapat manfaat daripada peralihan aliran ekonomi dunia berikutan kesan penurunan pelaburan langsung asing (FDI) global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia mempunyai sumber kukuh dan menyediakan insentif berterusan, sekali gus mampu menarik minat pelabur.

"Kita mempunyai persaingan terutama di rantau ini (ASEAN). Berita baiknya adalah ASEAN adalah rantau yang mendapat manfaat dalam pengalihan aliran (FDI). Pelaburan khusus mengalir, malah mereka bergantung pada rantai bekalan.

"Jika kita melihat FDI global, (ia) selaras dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) global iaitu FDI global telah menurun. FDI global turun 12 peratus termasuk FDI ASEAN dan sudah tentu Malaysia terima manfaat daripada itu. (Justeru) menjadi salah satu negara ASEAN, kita bersaing.

"Kita mempunyai sumber yang sangat banyak termasuk sumber asli. (Selain itu) kita ada tanah dan kita ada banyak polisi yang konsisten selama bertahun-tahun," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Anwar hari ini dijadual mengadakan mesyuarat meja bulat bersama 28 buah syarikat Jerman.

Malaysia menjangkakan peningkatan pelaburan dari Jerman antaranya dalam sektor aeroangkasa dan tenaga.

 

ARTIKEL BERKAITAN
PM Anwar tiba di Berlin untuk lawatan rasmi lima hari

SITI AISHAH MD ISA