fb fb fb fb fb

Pengurus sesak nafas lihat kilangnya terbakar

FOTO BOMBA

KLUANG, 11 Mac- Seorang pengurus kilang diserang sesak nafas akibat terkejut melihat kilangnya di Jalan Machap, Simpang Renggam, sini, Johor, terbakar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Nizar Mamun berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 70 peratus daripada bahagian pejabat stor dan ruang makan di kilang berkenaan.

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh seramai 14 anggota yang dibantu BBP Ayer Hitam, kira-kira pukul 11.40 pagi,

Sementara itu, mangsa, Tee Kian Ho, 48, yang mempunyai sejarah sakit jantung dihantar ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut dan keadaannya dilapor telah stabil.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SITI AISHAH MD ISA